top of page

   Takbiratul Ihram

       DOWNLOAD
 
"Right Click" link dibawah dan pilih "Save Link As" untuk download pdf. file dalam komputer anda.
 
 

Takbiratul Ihram

Makna untuk lafaz Takbiratul Ihram adalah seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

Kebiasaannya, اللّه أكبر diterjemahkan sebagai Allah Maha Besar. 

Namun, maksud yang lebih tepat adalah “Allah LEBIH Besar/ Agung”

 

Dalam Bahasa Arab, perkataan seperti أَحْسَنُ أَصْغَرُ أَكْبَرُ adalah tergolong dalam kategori “Perbandingan”, iaitu “lebih _____ daripada". 

Nota: حسن baik/ bagus, صغر kecil,  كبر besar

 

Huruf yang ditambah ال dipermulaan perkataan akan memberi makna “Darjat Paling Tinggi“. Contoh bagi 3 perkataan di atas untuk darjat tertinggi adalah: 

  • Paling besar: الأَكْبَرُ,

  • Paling kecil: الأَصْغَرُ,

  • Paling baik: الأَحْسَنُ

 

Hikmah mengapa Allah swt menggunakan “Perbandingan” ketika azan & mengangkat takbir adalah supaya kita bandingkan yang Allah LEBIH BESAR dari urusan kerja, keluarga, tidur, movie, game dll. 

 

Maka, apabila kita mendengar azan, kita akan mendahulukan solat kerana ia LEBIH penting, LEBIH BESAR dari urusan kita yang lainnya.

 

Begitu juga ketika solat, apabila kita mengangkat takbir, kita mengakui yang Allah LEBIH BESAR dari kita supaya terbit perasaan rendah diri dan khusyuk ketika solat.

 

Jika dilihat dengan lebih teliti, Allah s.w.t sengaja meletakkan bacaan أللهُ أَكْبَرُ sebelum berpindah dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dalam solat (seperti dari berdiri tegak kepada rukuk & sujud) sebagai peringatan semasa kita sedang solat.

 

Iaitu apabila kita mulai lalai/ leka, Allah menegur kita dengan mengatakan bahawa Allah lah yang LEBIH BESAR dari segala lalaian & lekaan kita. Kita mengakuinya dan terus tunduk ke bumi (rukuk & sujud) sebagai tanda kita sangat kecil di sisi Allah. SubhanAllah.

 

Sumber rujukan: Arabic with Husna, Ustaz Nouman Ali Khan, Bayyinah Institute

 

Isu

#1

© 2015 by IMANI Production

OFFICIAL LINKS

  • YouTube Social  Icon
  • Google+ Social Icon
  • Pinterest Social Icon
bottom of page