top of page

   Al-Fatihah | Jenis Struktur Ayat

       DOWNLOAD
 
"Right Click" link dibawah dan pilih "Save Link As" untuk download pdf. file dalam komputer anda.
 
 

Al-Fatihah | Jenis Struktur Ayat

Terdapat 2 jenis struktur ayat dalam Bahasa Arab iaitu:

  1. Ayat yang berasaskan Kata Kerja (Verb | Fi’l فعل)

  2. Ayat yang berasaskan Kata Nama (Noun | Isim اسم)

 

Kata Kerja terikat dengan MASA; samada masa lalu (Past Tense), kini (Present Tense) & akan datang (Future Tense). Maka, ia terbatas kepada masa dan bersifat SEMENTARA. 

 

Kata Nama pula TIDAK terikat dengan masa. Maka, ia bersifat KEKAL. Kerusi adalah contoh kata nama. Kerusi akan sentiasa menjadi kerusi selamanya sehingga ia musnah. 

 

Merujuk Hadith Qudsi, Allah swt membahagikan Surah Al-Fatihah kepada 3 bahagian; 

 

 

 

 

 

Yang menariknya di sini, 3 ayat di Bahagian #1 adalah jenis ayat berasaskan Kata Nama  (bersifat KEKAL). Manakala 3 ayat terakhir di Bahagian #3 adalah jenis ayat berasaskan Kata Kerja (bersifat SEMENTARA).

 

Di tengah-tengah surah ini hanya terdapat 1 ayat yang walaupun ia berasaskan Kata Kerja, ayat ini dimulakan dengan Kata Nama. Jadi, ayat di tengah-tengah surah ini merupakan campuran Kata Kerja & Kata Nama. 

 

3 ayat terawal adalah untuk Allah, di mana 3 ayat ini bersifat KEKAL sama seperti ALLAH yang bersifat KEKAL.    

 

3 ayat terakhir adalah untuk HambaNya, di mana 3 ayat ini bersifat SEMENTARA sama seperti kita yang bersifat SEMENTARA. 

 

Manakala ayat di tengah2 surah ini (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ) merupakan kombinasi kedua-duanya kerana ia merupakan campuran Kata Kerja & Kata Nama.

 

Jika dilihat makna di sebalik ayat ini, ia juga merupakan kombinasi bahagian untuk Allah & untuk hambaNya. 

 

SubhanAllah. Sangat sempurna dan seimbang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: Divine Speech Seminar, Ustaz Nouman Ali Khan, Bayyinah Institute

Surah Al-Fatihah | Noun Vs Verb

Isu

#2

© 2015 by IMANI Production

OFFICIAL LINKS

  • YouTube Social  Icon
  • Google+ Social Icon
  • Pinterest Social Icon
bottom of page